RSS Feed
SEARCH

Products
Web Site
Powered by Google
Our current news.
14-Sep-2009

Pihak Kedai SCS mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Ei'dul Fitri kepada pelanggan-pelanggan Kedai SCS dan juga muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.

Di kesempatan ini, pihak Kedai SCS memohon maaf jika sekiranya terdapat salah dan silap semasa berurusan dengan anda.

Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu kenderaan dan patuhilah arahan papan tanda dan had laju. Jangan biarkan kemeriahan musim perayaan ini ditangisi seisi keluarga.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Ei'dul Fitri... Maaf Zahir dan Batin.

DLY

16-Jul-2009

Adalah dimaklumkan bahawa beberapa jenis produk Yaesu mengalami sedikit kenaikan harga. Sila semak harga terkini sebelum membuat pesanan.

Terima kasih.

16-Jul-2009

Model baru Yaesu FT2900 (75Watt) dan Yaesu FT1900 (65Watt) baru tiba dan memasuki pasaran.

Kepada pelanggan KedaiScs yang membuat tempahan, sila berhubung dengan Tokey Kedai SCS dengan segera.

Terima kasih.

Pihak KedaiSCS telah menerima banyak email dan sms yang menyatakan bahawa ada dikalangan rangkaian kedai-kedai lain yang menawarkan harga dibawah harga kedai SCS.

Oleh yang demikian, pihak kami cuba memberikan yang terbaik, termurah dan yang pasti ianya adalah Original. Sehubungan dengan itu, beberapa barangan pilihan telah diberikan harga istimewa melalui semakan harga terbaru.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan maklumat yang memastikan harga barangan tidak mahal dan stabil di pasaran.

Terima kasih kerana terus menyokong KedaiSCS

11-Feb-2009

Adalah dimaklumkan bahawa Icom 2200H kini sudah tiba. Walau bagaimanapun, harga unit ini sekarang telah naik 2 kali ganda.

Kepada para pelanggan yang berminat, sila berhubung terus dengan pihak Kedai SCS.

Sekian, Harap maklum.

Pihak KedaiSCS mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina. Kepada yang pulang bercuti, memandu dengan hati-hati, ingat orang-orang tersayang.

tokey

Kepada pelanggan yang dihormati,

Bagi memudahkan urusan kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan telefon mudah alih dengan perkhidmatan DiGi, maka pihak kedai SCS telah mewujudkan satu lagi talian tambahan bagi memudahkan pelanggan-pelanggan Kedai SCS yang menggunakan talian DiGi untuk menghubungi pihak Kedai SCS.

Pihak Kedai SCS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada Kedai SCS.

Harga baru bagi model Icom IC2200H dan juga IC-V8000 sudah dikemaskini. Unit Terhad.
09-Jan-2009

Model Yaesu VX8R yang ditunggu tunggu telah memasuki pasaran Malaysia pada 7 Januari 2009. Kehadiran produk ini pada tahun 2009 telah memberikan satu kelegaan kepada peminat-peminat yang telah sekian lama menunggu kehadirannya.

Warnanya yang hitam, nipis dan ciri-ciri teknologi terbaru memberikan kelebihan produk ini melangkaui pesaingnya. 4 unit dari 6 unit yang diterima telah dimiliki oleh peminat-peminat yang telah sekian lama menunggu.

Kepada yang ingin memilikinya, sila berhubung dengan pihak kedaiscs.

 

03-Jan-2009

Pihak kedaiscs terpaksa membuat semakan semula harga, ini berikutan kenaikan harga dari pihak pembekal. Sebarang perubahan harga sila semak di web kedaiscs.

 

sekian, harap maklum